Thursday, October 20, 2005

Bulan Ramadhan - Soalan untuk nafsu.

BULAN RAMADHAN - SOALAN UNTUK NAFSU.

Mengapa engkau tidak mahu berpuasa?
Mengapa engkau tidak menghurmati bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak mengutamakan bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak merasa bangga dengan kedatangan bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak merasa bangga dengan agama islam mu sendiri?
Mengapa engkau tidak mahu berusaha mengubah sikap jahat mu kepada sikap orang2 soleh?
Mengapa engkau tidak mahu menjadi orang islam yang bertaqwa?

Mengapa engkau tidak mengutamakan kehidupan akhirat?
Mengapa engkau tidak berusaha bersungguh2 beramal ibadat mencari keampunan dan keredaan Tuhan?
Mengap engkau bersikap kiasu dan bersikap sambil lewa diatas nasib masa depan mu diakhirat nanti?
Mengapa engkau bersungguh2 berusaha tentang hidup mu didunia ini sedangkan usaha mu tentang masa depan diakhirat mu begitu sedkit sekali jika dibandingkan dengan usaha mu tentang dunia?

Mengapa engkau masih mahu melayan dan mengikuti hawa nafsu hina mu itu...sedangkan engkau pun tahu yang hujungnya diri mu jua yang akan merana dan jahanam!?

NASIHAT KU....
PAKSA lah diri mu dan tundukkanlah nafsu hina diri mu itu dengan bersungguh2 mengerjakan ibadah puasa dibulan ramadhan ini...!
Paksa lah diri mu ...mulai dari sekarang, sebelum terlambat!
Bersusah2 dahulu....bersenang2 kemudian!
Kesal kemudian tidak berguna..!!