Tuesday, March 24, 2009

Umat islam dan sakaratulmaut

Aku lihat ramai orang2 islam diSingapura yang begitu yakin dengan iman dan amal mereka sedangkan ... mereka adalah orang2 yang busuk hati lagi cinta kepada dunia!

Ramai yang tidak mahu berani kehadapan untuk menegakkan kebenaran!
Ramai yang tidak mahu membuat pembaharuan kebaikkan demi kemajuan syiar islam mereka..
Ramai pula yang telah merasa cukup tenteram dengan amal mereka!...(yang tidak seberapa itu..!)
Ramai pula yang merasa senang hidup berlapang2 tanpa sedikit gelisah pun tentang hari mati mereka!

Aku ingin bertanya...
Apa yang membuat mereka fikir dan begitu yakin sekali yang mereka akan mati didalam keadaan beragama ISLAM...?!!

Ketahuilah saudara2ku..
Bahawa sakaratul maut itu ....amat susah...sakit...stress...penuh kesakitan... dan...!!!!

Adakah kita telah cukup bersedia untuk menghadapi sakaratulmaut yang mengazabkan lagi penuh kesusahan itu??!!
Adakah kita dapat mengekalkan iman dan akidah islam kita disaat menghadapi sakaratulmaut itu?

Waktu senang dimasa sekarang...bolilah kita bercakap besar!
Nantikanlah waktu sakaratulmaut datang menjemput!

Labels: , , , ,

Tuesday, June 10, 2008

Bill hospital di Singapura

Bill hospital di Singapura

Tak tahu apa yang nak ditulis!
Kawanku masuk hospital....Sakit jantung....

Bila aku dapat tahu...
Aku jadi termenung
Termenung memikirkan bill hospital yang ditanggung olih kawanku yang sakit itu!
Masyaallah...!
Beribu-ribu dollar!

Duit penat lelah bekerja bertahun-tahun lamanya habis begitu sahaja buat membayar bill hospitalnya!
Dan aku turut menumpang sedih...

Aku terfikir...
Hidup di Singapura...lebih baik mati daripada dimasukkan ke hospital kerana sakit!
Kerana...
Sakit membayar bill hospital di Singapura itu... lebih teruk daripada menempuh azab mati!!

Bilakah keadaan sebegini akan berubah?
Bilakah pemerintahku akan berubah..??

Labels: , , ,

Thursday, March 20, 2008

Siapa yang bodoh?..Rakyat atau pemerintah.?

Aku baca suratkhabar...
Dan kemudian aku pun tersenyum sinis!
Selepas pemerintah ku mencukai rakyat dengan GST 7 %, mereka suruh rakyat berjimat2 semasa berbelanja!

Mereka nasihatkan rakyat supaya jangan berbelanja diluar dari kemampuan mereka!
Gelinya hati aku bila membaca berita itu!
Selepas mencukai rakyat ...mereka pula berkata begitu!

Siapa yang bodoh?
Siapa yang pandai?
Siapa yang pintar?

Yang pasti ialah...
Rakyat sederhana semakin tersepit dan terhimpit!
Yang kaya manakan terasa sangat bebannya...!?
Para pemimpin yang bergaji besar hanya pandai bercakap...
Sedangkan rakyat yang bergaji kecil merana dibuatnya!

Aku harap semoga rakyat Singapura semakin sedar dan semakin bijak memilh pemimpin mereka dimasa akan datang!
(jangan jadi bodoh!...nanti diri sendiri yang susuah!)

Labels: , , ,

Thursday, February 28, 2008

Singapura dan GST 7 %

Kepala aku sakit
Kos kehidupan semakin meningkat
GST 7 % kuat menggigit dompet ku!
Aku semakin sakit hati!
Dah gila agaknya pemerintah ku!
Yang miskin semakin terhimpit
Yang kaya senyum ketawa!

Monday, August 20, 2007

Hati dan jiwa

Hati dan jiwa

Tak lama lagi nak puasa!
Bulan Ramadhan bakal menjelma dan aku semakin sibuk!
Sibuk mengejar waktu untuk beramal solih
Sibuk bekerja memperbaiki hati dan jiwaku dengan ibadah puasa dan lain2...
Sibuk mencuci hati jiwaku dari berbagai2 kekotoran sifat2 cela!
Semoga Tuhan menbantu ku!
Insyaallah...Amin.

Labels: , ,

Monday, July 09, 2007

NASIB BELIA ISLAM SINGAPURA

Tak tahulah apa yang akan berlaku dimasa akan datang di Singapura ku!
Tak tahulah bagaimana nasib anak2 melayu islam di Singapura ku dimasa akan datang?

Maksudku....
Bagaimanakah kekuatan iman mereka?
Bagaimanakah kekuatan aqidah agama islam mereka?
Bagaimanakah pegangan syiar islam mereka?
Adakah semakin kukuh atau semakin rapuh tinggal bingkai2 kulit sahaja?

Atau...
Agama islam sudah tidak lagi penting didalam dada2 mereka?
Yang penting adalah kemajuan ekonomi semata-mata!
Yang penting adalah kebebasaan berbuat sesuka hati mereka tanpa memperdulikan lagi hukum2 agama?!
Yang penting ialah hidup senang didunia dan bertaubat setelah tua!

Atau..
Tinggalkan saja agama islam kerana ianya adalah agama yang selalu diburuk2kan olih masyarakat barat yang maju itu!

Atau...
Entahlah!
Hanya Tuhan saja yang tahu!

Labels: , ,

Thursday, January 18, 2007

Cerpen islam tahun baru 2007?

CERPEN ISLAM TAHUN BARU 2007?

Kita tidak ada pilihan lain lagi!
Samada tahun lepas atau tahun baru 2007...
Atau tahun apa sekali pun ...
KERANA,
Kita mesti terus berusaha sepanjang hayat hidup kita untuk terus bertambah-tambah iman dan taqwa kepada Tuhan kita!

Hidup berusaha bertambah-tambah TAQWA
Atau
Hidup menyembah hawa-nafsu keduniaan mengikut perangai setan!
(tetapi berselindung disebalik agama!)

Marilah kita berpesan-pesan sesama teman dan sanak saudara kita demi mengharap wajah Tuhan kita yang maha mulia!
Insyaalah!

Labels: , , ,