Wednesday, October 26, 2005

Bulan Ramadhan - Kata si munafik!

BULAN RAMADHAN - KATA SI MUNAFIK!

Ramai yang berpuasa di bulan ramadhan...
Tapi...
Buat apa kita nak puasa?
Kerja orang bodoh saja yang berpuasa melaparkan perot dan hauskan tekak!
Bukankah yang penting ialah mesti banyak duit dan harta benda didalam dunia ini?!
Kalau kita kaya tentu hati kita senang dan tak banyak masaalah hidup. Yang senang dan bahagia adalah kita juga.
Berpuasa di bulan ramadhan akan menghalang kerja2 kita! Macammana kita bolih maju dan berjaya untuk jadi kaya raya kalau kita jadi lemah badan dan tenaga akibat berpuasa?
Tentu banyak kerja2 kita akan tergendala akibat berpuasa!

Lagi pun...
Bukankah ramai orang yang tidak berpuasa?
Tidak berpuasa didalam bulan ramadhan di zaman ini adalah satu perkara yang dah lazim dan biasa sahaja dimata masyarakat ramai.
Olih itu.... Apa yang hendak kita malukan?
Satu perkara lagi...
Bukankah kita masih muda lagi...?

Bukankah beribadat dan berpuasa di bulan ramadhan itu adalah kerja2 orang2 yang sudah tua!
Kalau kita dah tua nanti.....baharulah kita bolih bertaubat dan berpuasa di bulan ramadhan kelak! Nanti kita bolih minta ampun kepada Tuhan atas segala dosa dan kelalaian kita dimasa muda! Tentu Tuhan akan mengampunkan kita! Kerana ...bukankah Tuhan itu maha pengampun!?

Olih kerana itu...
Kita tidak perlu bersusah2 diri berpuasa di bulan ramadhan ini kerana kita masih muda lagi!
Yang penting ialah kita mesti maju, berjaya dan kaya raya didunia ini!
Bukankah itulah yang manusia pandang dan manusia kehendaki didunia ini!?

TETAPI...
Kita harus berdiplomasi dan bijak sedikit!
Jangan beritahu dan tunjukkan kepada masyarakat kita...yang kita anti puasa!
Kerana itu adalah tindakan yang kurang bijak! Nanti ...akibatnya kita akan dihina olih mereka!
Sebab itu...kita mesti pandai berpura-pura!
Mesti pandai berlakon dan bermain sandiwara!
SEKIAN....

(semoga sindiran ini akan menyedarkan orang2 munafik supaya kembali kepada semangat islam dan iman!)