Sunday, November 13, 2005

Hari raya idul fitri di Singapura!

HARI RAYA IDUL FITRI DI SINGAPURA!

Selamat hari raya idul fitri kepada semua umat islam sedunia!
Maaf zahir dan bathin...

Apa lagi...
Di bulan syawal hari raya idul fitri ini...ramai yang berjalan sana, berjalan sini...ziarah menziarah kerumah saudara mara dan rumah kawan2 untuk mengucapkan selamat hari raya idul fitri dan bermaaf-maafan diantara satu sama lain.

Masing2 berpakaian lawa, tersenyum manis dan cuba memaniskan muka!
Tangan dihulur, maaf dipinta!
Bermacam2 drama dapat dilihat ketika waktu meminta maaf!
Bermacam2 gaya, dailog dan kelakuan!

Itulah sebahagian kesah yang dapat dilihat dibulan syawal - bulan hari raya idul fitri!

SELEPAS ITU...!!???
Masing2 kembali dengan perangai dan tabiat masing2!
Si penipu...kembali dengan perangai penipunya...!
Si pembohong...kembali dengan tabiat membohongnya...!
Si penjudi...kembali dengan tabiat berjudinya...!
Si putar-belit...tetap dengan tabiat hipokeritnya...!
Si gila kaya dan harta...kekal dengan sifat tamak, ego dan degilnya..!
Si busuk hati...masih terus dengan sifat busuk hasad cemburu pedengkinya...!
CUMA....
Masing2 cuba tersenyum bermanis muka di bulan syawal - bulan hari raya idul fitrinya!
Berpura2 bermaaf-maafan diantara satu sama lain!

Itulah yang banyak berlaku kepada kebanyakkan umat islam di Singapura yang telah ku lihat!
Dan...perkara ini telah sering berlaku didalam sanak saudara ahli keluargaku sendiri!

Aku cukup kenal dengan perangai tabiat nak mampus ahli keluarga ku sendiri!
Aku cukup kenal dengan perangai ipar duai ku sendiri!
Aku cukup kenal dengan perangai buruk kenalan kawan2ku sendiri!
Mereka cukup pandai berlakon didepan orang lain di hari raya idul fitri!
Pandai bermanis muka didepan orang lain!
Lain dikata...lain dihati...lain dikota!

Memang....didalam dunia ini, agak sukar untuk aku dapat bertemu dengan manusia2 yang sebenar2nya berhati jujur ikhlas ...berjiwa luhur!

Yang ada ialah...ramainya orang2 yang busuk hati dan hipokerit!
Ramainya orang2.....yang busuk hati dan pembelit!
Ramainya orang2... yang pedengki berhati dunia!
Ramainya orang2....yang pandai berpura2 baik tetapi gilakan kaya dunia!
Ramainya orang2...yang telah tersampuk setan didalam fikiran dan hati jiwanya!
DAN...orang2 sebegitu..begitu ramai di Singapura ku!

Mudah2an...aku tidak akan menjadi seperti mereka!
Mudah2an...hari raya idul fitri ini akan menjadi semacam satu inspirasi kepada diriku untuk lebih berazam dan berusaha memperbaiki sifat hati jiwa ku supaya bertambah baik berperbadi mulia dan berjiwa luhur kearah keredaan Tuhan ku!

Insaallah...!