Thursday, March 20, 2008

Siapa yang bodoh?..Rakyat atau pemerintah.?

Aku baca suratkhabar...
Dan kemudian aku pun tersenyum sinis!
Selepas pemerintah ku mencukai rakyat dengan GST 7 %, mereka suruh rakyat berjimat2 semasa berbelanja!

Mereka nasihatkan rakyat supaya jangan berbelanja diluar dari kemampuan mereka!
Gelinya hati aku bila membaca berita itu!
Selepas mencukai rakyat ...mereka pula berkata begitu!

Siapa yang bodoh?
Siapa yang pandai?
Siapa yang pintar?

Yang pasti ialah...
Rakyat sederhana semakin tersepit dan terhimpit!
Yang kaya manakan terasa sangat bebannya...!?
Para pemimpin yang bergaji besar hanya pandai bercakap...
Sedangkan rakyat yang bergaji kecil merana dibuatnya!

Aku harap semoga rakyat Singapura semakin sedar dan semakin bijak memilh pemimpin mereka dimasa akan datang!
(jangan jadi bodoh!...nanti diri sendiri yang susuah!)

Labels: , , ,