Wednesday, October 26, 2005

Bulan Ramadhan - Kata si munafik!

BULAN RAMADHAN - KATA SI MUNAFIK!

Ramai yang berpuasa di bulan ramadhan...
Tapi...
Buat apa kita nak puasa?
Kerja orang bodoh saja yang berpuasa melaparkan perot dan hauskan tekak!
Bukankah yang penting ialah mesti banyak duit dan harta benda didalam dunia ini?!
Kalau kita kaya tentu hati kita senang dan tak banyak masaalah hidup. Yang senang dan bahagia adalah kita juga.
Berpuasa di bulan ramadhan akan menghalang kerja2 kita! Macammana kita bolih maju dan berjaya untuk jadi kaya raya kalau kita jadi lemah badan dan tenaga akibat berpuasa?
Tentu banyak kerja2 kita akan tergendala akibat berpuasa!

Lagi pun...
Bukankah ramai orang yang tidak berpuasa?
Tidak berpuasa didalam bulan ramadhan di zaman ini adalah satu perkara yang dah lazim dan biasa sahaja dimata masyarakat ramai.
Olih itu.... Apa yang hendak kita malukan?
Satu perkara lagi...
Bukankah kita masih muda lagi...?

Bukankah beribadat dan berpuasa di bulan ramadhan itu adalah kerja2 orang2 yang sudah tua!
Kalau kita dah tua nanti.....baharulah kita bolih bertaubat dan berpuasa di bulan ramadhan kelak! Nanti kita bolih minta ampun kepada Tuhan atas segala dosa dan kelalaian kita dimasa muda! Tentu Tuhan akan mengampunkan kita! Kerana ...bukankah Tuhan itu maha pengampun!?

Olih kerana itu...
Kita tidak perlu bersusah2 diri berpuasa di bulan ramadhan ini kerana kita masih muda lagi!
Yang penting ialah kita mesti maju, berjaya dan kaya raya didunia ini!
Bukankah itulah yang manusia pandang dan manusia kehendaki didunia ini!?

TETAPI...
Kita harus berdiplomasi dan bijak sedikit!
Jangan beritahu dan tunjukkan kepada masyarakat kita...yang kita anti puasa!
Kerana itu adalah tindakan yang kurang bijak! Nanti ...akibatnya kita akan dihina olih mereka!
Sebab itu...kita mesti pandai berpura-pura!
Mesti pandai berlakon dan bermain sandiwara!
SEKIAN....

(semoga sindiran ini akan menyedarkan orang2 munafik supaya kembali kepada semangat islam dan iman!)

Thursday, October 20, 2005

Bulan Ramadhan - Soalan untuk nafsu.

BULAN RAMADHAN - SOALAN UNTUK NAFSU.

Mengapa engkau tidak mahu berpuasa?
Mengapa engkau tidak menghurmati bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak mengutamakan bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak merasa bangga dengan kedatangan bulan ramadhan?
Mengapa engkau tidak merasa bangga dengan agama islam mu sendiri?
Mengapa engkau tidak mahu berusaha mengubah sikap jahat mu kepada sikap orang2 soleh?
Mengapa engkau tidak mahu menjadi orang islam yang bertaqwa?

Mengapa engkau tidak mengutamakan kehidupan akhirat?
Mengapa engkau tidak berusaha bersungguh2 beramal ibadat mencari keampunan dan keredaan Tuhan?
Mengap engkau bersikap kiasu dan bersikap sambil lewa diatas nasib masa depan mu diakhirat nanti?
Mengapa engkau bersungguh2 berusaha tentang hidup mu didunia ini sedangkan usaha mu tentang masa depan diakhirat mu begitu sedkit sekali jika dibandingkan dengan usaha mu tentang dunia?

Mengapa engkau masih mahu melayan dan mengikuti hawa nafsu hina mu itu...sedangkan engkau pun tahu yang hujungnya diri mu jua yang akan merana dan jahanam!?

NASIHAT KU....
PAKSA lah diri mu dan tundukkanlah nafsu hina diri mu itu dengan bersungguh2 mengerjakan ibadah puasa dibulan ramadhan ini...!
Paksa lah diri mu ...mulai dari sekarang, sebelum terlambat!
Bersusah2 dahulu....bersenang2 kemudian!
Kesal kemudian tidak berguna..!!

Monday, October 17, 2005

Bulan ramadhan - Umat islam Singapura

BULAN RAMADHAN - UMAT ISLAM SINGAPURA

Siapa kata umat islam di Singapura tidak berpuasa bulan ramadhan..!?
Itu adalah tanggapan yang salah!
Aku kata...
Semua umat islam di Singapura berpuasa!

Yang tidak berpuasa itu ...bukanlah umat islam!
Yang tidak berpuasa di bulan ramadhan di Singapura itu bukanlah umat islam namanya!
Sebab itu akau kata...semua umat islam di Singapura berpuasa di bulan ramadhan!

Kalau awak nampak orang melayu di Singapura yang sedang tidak puasa di bulan ramadhan..itu menunjukkan orang itu bukanlah orang islam!
Barangkali orang melayu yang awak nampak itu ...yang tidak puasa itu ialah ...orang kristen...?
Barangkali orang melayu yang awak nampak itu...yang tidakpuasa itu ...ialah orang yang tidak mempunyai agama - free thinker...?

SEBAB kita percaya...
Semua umat islam wajib berpuasa di bulan ramadhan!
Semua umat islam amat memuliakan bulan ramadhan!
Semua umat islam amat menghormati bulan ramadhan!

DAN ....
Kita juga tidak dapat memaksa seorang yang telah mengaku beragama islam untuk berpuasa di bulan ramadhan!
CUMA...
Kita tidak namakan dia sebagai umat islam sejati...!!!

Bulan ramadhan - Dia tidak puasa!

BULAN RAMADHAN - DIA TIDAK PUASA!

Dia bukannya tak tahu yang bulan ini adalah bulan ramadhan!
Dia pun dah besar dan dah tahu pasal buruk dan baik, pasal halal dan haram, pasal dosa dan pahala, pasal shurga dan neraka!

Apa dia peduli pasal itu semua!
Apa dia peduli pasal puasa di bulan ramadhan!..??
Apa dia peduli pasal ugama islam dia sendiri!..??
Sebab itulah...dia TAK puasa!

Orang yang mengaku beragama islam macam DIA tu..begitu ramai sekali di Singapura!
Tapi tidak pula mahu memperbaiki keislaman mereka!
Tidak pula mahu memperbaiki keimanan mereka!

Orang2 macam tuu lah yang menghancurkan agama islam mereka sendiri dimata masyarkat agama lain!
Jadi...siapakah yang sebenarnya yang menjatuhkan imeg agama islam dan umat islamnya..???
Jawapannya ialah umat islam yang engkar dan celaka itu sendirilah yang telah menjahanamkan agama islam dan imeg umat islam yang lain dimata umat masyarakat agama lain..!!!

Sunday, October 16, 2005

Bulan ramadhan aku menulis

BULAN RAMADHAN AKU MENULIS

Selamat datang bulan ramadhan!
Dan aku mula menulis kesah hidup ku, suka dan duka, harapan dan cita-cita dan apa2 saja yang ku fikir patut untuk di tulis!

Aku suka menulis puisi cinta...
Aku suka menulis puisi kasih
Aku suka menulis madah cinta
Aku suka menulis puisi terbaik
Aku suka menulis cerpen terbaik

Aku juga suka mengumpul...
Koleksi madah madah cinta
Koleksi puisi cinta
Koleksi puisi kasih
Koleksi puisi terbaik
Koleksi sajak dan puisi
Koleksi cerpen terbaik
DAN macam2 koleksi...!

Ku ucapkan ...selamt membaca kepada pengunjung2 blog ku ini...
DAN ini adalah RUMAH PERIBADI KU..!

Aku suka menulis