Tuesday, February 07, 2006

Cerpen terbaik suami penipu.

CERPEN TERBAIK SUAMI PENIPU!

Fatimah masih marah!
Dia masih marah terhadap adik perempuannya si Ayu yang bodoh itu!
Marah kerana melihatkan kebodohan si Ayu...adik perempuannya yang masih mahu diperhambakan olih suaminya yang penipu itu!
Fatimah terus menyambung kata2nya kepada Ayu dengan nada yang masih marah lagi....

" Kau ni memang bodohlah Ayu! "
" Laki kau tu memang pandai menipu engkau! Laki kau tu memang pandai berlagak alim dan warak dihadapan orang lain...padahal dialah sebusuk2 manusia yang mempunyai hati yang busuk lagi pedengki dan sering merasa iri hati terhadap kelebihan orang lain! "

" Laki kau tu, cuma mahu gunakan kau untuk kesenangan dirinya sendiri! Dia sebenarnya tidak pedulikan diri kau! Apa yang laki kau peduli ialah wang dollar dan sanjungan orang lain kepada dirinya! Laki kau sanggup memukul engkau demi untuk mendapatkan apa2 yang dia mahu dengan mengunakan alasan dalil2 agama!"

Fatimah menyambung kata2nya lagi..

" Laki kaulah ... punca engkau menjadi tertekan jiwa! "
" Laki kaulah ... punca engkau menjadi stress! "
" Laki engkaulah ... punca engkau menjadi tidak tenteram jiwa! "

Fatimah merenung mata adiknya si Ayu dan terus menyambung hujahnya lagi...

" Mengapalah engkau membiarkan diri mu di tipu dan di pukul olih suami mu? "
" Mengapalah engkau membiarkan suami mu berleluasa hidup berlagak bergaya dan menipu orang lain serta juga anak isterinya? "
" Sampai bila engkau mahu membiarkan diri mu hidup ditipu, dibelenggu dan dicengkam olih suami mu yang penipu itu? "

Fatimah mengeleng2kan kepalanya!
Dia masih memandang wajah adiknya...