Saturday, December 10, 2005

Cerpen Terbaik pesan dan nasihat ku

CERPEN TERBAIK PESAN DAN NASIHAT KU

Wahai ahli keluarga ku dan kawan2 ku!
Dengarlah nasihat ku ini....

Bacalah al Quran hari-hari! Walaupun engkau tidak tahu akan maknanya!
Bacalah al Quran dengan sepenuh hati dan perasaan mu... diantara diri mu dengan Tuhan mu dengan niat mengharapkan keredaan Nya!

Dengarlah bacaan al Quran hari-hari!.... sampai hati mu tertarik dan cenderung dan suka kepada bacaan al Quran!
Dengarlah bacaan berlagu dari Qari2 Mesir. Kerana bacaan yang dibacakan oleh mereka amat baik sekali dan amat menyentuh perasaan hati!

Dengarlah pesan ku ini....
Janganlah terpedaya dengan kesenangan dan kebahagian hidup didunia ini. Kerana ianya tidaklah kekal.
Berusahalah bersungguh menguatkan iman diri sendiri kearah keredaan Tuhan. Bersungguh2lah dan perbanyakkanlah beribadat dan berbuat kebajikkan kepada masyarakat kerana Allah!
Jangan sekali2 mengambil ringan soal ini!
Kerana... pada satu hari... kita akan mati juga!
Ajal maut kita tidak tahu. Ia boleh datang mendadak tanpa kita duga dan kita sangka.

Banyak sekali yang ingin aku sampaikan.
Dan dengarlah pesanku yang diatas itu...