Sunday, August 22, 2010

Puasa Ramadhan

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan bulan Ramdhan kepada umat Islam!
Dan...
Selamat berpuasa Ramadhan kepada semua umat Islam.

Disini ku terangkan sedikit fahamanku terhadap betapa pentingnya ibadat puasa kepada seluruh umat manusia terutamanya umat Islam.

Latihan berpuasa adalah latihan berusaha mengawal hawa nafsu!
Mengawal hawa nafsu yang hina yang tidak diredai olih Allah!
Mengawal hawa nafsu yang hina daripada merosakkan manusia!

Jika kita faham konsep ini, maka akan mudahlah untuk kita memahami sebahagian isi agama Islam!
Jika kita faham urusan mengawal hawa nafsu, maka kita akan mula memahami urusan mengkoreksi diri sendiri.

Hawa nafsu yang mulia akan membawa kita kepada bertambah iman dan taqwa.
Sementara hawa nafsu yang hina kan membawa kita kepada engkar, kufur, kafir dan akhirnya menyeret kita kepada neraka jahanan!

Manusia menjadi lemah dan sering membuat maksiat disebabkan olih kerana tidak berdaya mengawal hawa nafsu jahat mereka! Mereka tidak mahu berlatih sedikit demi sedikit untuk menjadi tuan kepada nafsu mereka sendiri dan akhirnya mereka menjadi hamba kepada nafsu jahat mereka sendiri!
Disinilah PUASA mengambil peranan sebagai satu pendinding dan satu latihan yang canggih!

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...
Hendaklah mulakan dengan azam niat untuk berpuasa ... berjuang mengawal hawa nafsu jahat seumur hidup sebagai satu perjuangan sehingga akhir hayat kerana Allah!
Jihad yang paling hebat ialah perjuangan melawan hawa nafsu kerana Allah!
Pantang berputus-asa kerana setan-iblis cuba menipu kita agar menjadi lemah!

Berpuasa menjadikan kita lebih gagah!
Dan...
Kepada Tuhan kita mohon pertolongan agar dapat meneruskan perjuangan yang mulia ini sepanjang hayat!
Insyaalah...

Labels: , , , , , , , , , ,